23 June 2010

19.

aku betul betul tak boleh menulis sekarang. betul betul kosong.

aku rasa aku dalam depression baru aku boleh menulis. rasanya dengan menulis boleh jadi penawar racun yang aku rasa. pedih hati, ranap jiwa, semua boleh di tulis. boleh di rangka, boleh di edit, boleh buat macam-macam yang kita suka. padahal realitinya bukan begitu. tak semudah yang disangka. hati bukannya plastik, bukannya besi, apatah lagi kaca. tak boleh nak terima semua benda. hati sebenarnya sangat rapuh, fragile macam kaca. tapi kadang-kadang bila dah boleh terima kenyataan dah hakikat sebenar, hati juga boleh jadi kuat, gagah macam besi. macam tembaga.


nampaknya, manusia jenis ignorant tak akan kembali dengan bayang-bayang. bayang-bayang jahat. otak tak pernah betul. lagipun, bayang-bayang dah jumpa kekasih hati baru. lawa, macam awek jepun. mata bulat. macam katun. memang idaman lelaki. mungkin dah jodoh, terima saja.


manusia jenis ignorant dulu memang agak menyedihkan. bukan, dia masih lagi menyedihkan, tapi manusia jenis ignorant rasanya sudah separuh jalan untuk buka buku baru. bab baru. pengalaman baru. tinggalkan tanah jajahan dan pergi merantau ke negeri orang. tak perlu hadap mereka-mereka yang sering tinggalkan luka, tapi tak pernah kesah sebenarnya. mungkin pengalaman di negeri orang akan buat manusia ignorant ini berasa aman. damai. tenang.


aku pergi dulu. betul-betul pergi dulu. tunggu hati berkocak baru aku luahkan disini. macam perempuan. geli. tapi biarlah. janji hidup tenang. dan tak kacau orang. itu yang penting sebenarnya.


27 January 2010

18.

hentikan raungan dan jeritan kau yang melodrama. sungguh, tiada siapa yang mahu ambil perhatian. tiada siapa yang mahu beri kau secebis penghargaan. tiada, sungguh. tiada.









kau percaya pada harapan orang lain dan bukan pada harapan diri sendiri. kau sangat melelahkan. jadi kita berhenti di sini. berhenti.

26 January 2010

17.


pejam mata. tarik nafas. hembuskan satu keluhan. yang tidak ada siapa yang mampu paham. kecuali mereka-mereka yang berada di sisi pada fasa yang paling penting dalam hidup. satu fasa metamorphosis yang merubah seluruh keadaan. dan yang mungkin masih sama adalah, cara kita melayan segala karenah yang datang menjenguk kitaran hidup kita.


hairan ya, kenapa aku masih belum mampu tinggalkan semua ini di belakang. aku sepatutnya dah mampu, kerana, aku masih bertahan dari dulu. tak terkalahkan dengan bebanan emosi. walaupun pedih, sakit dan ranap hampir seluruh jiwa aku, aku masih bertahan.






dan ya, aku akan cuba bertahan, selagi yang aku mampu.

25 January 2010

16.

setelah berhempas pulas menjayakan sesuatu yang tak terjangkakan, akhirnya semua ni dah berakhir. tak tahu lah pulak berakhir dengan jayanya atau tidak, sebab perjalanan kita semua masih panjang dan masih tak dapat nak dijangka.


sekarang aku dah mampu tarik nafas lega, kerana semua benda, walaupun tak mengikut kehendak hati seratus peratus, namun masih mengikut susunan akal fikiran aku. yep. bukan mudah nak buat semua dalam satu-satu masa. tapi agaknya hati aku dah tak berapa nak rapuh sangat. lebih kuat, agaknya. kalis sakit hati. kalau sakit, biarkan. kalau sakit, ubatkan. jangan balas, jangan buat yang lebih teruk, sebab yang sakit nanti, kita semula. jadi anggaplah ini semua permainan. dan aku, pilih jalan selamat. dan tak menyusahkan semua pihak.







senang kan ?
untuk pertama kali, aku senyum di laman aku sendiri.
*senyum*

22 January 2010

15.


sudah terlalu lama. betul-betul lama. dari tenang terus menjadi-jadi gila. bukan gila sangat pun, setakat emosi tidak stabil, sudah lumrah bila dikaitkan dengan aku. emosi memang tak stabil. langsung. sekadar suka untuk dua saat dan bertukar menjadi pemarah dan pendengus untuk satu atau dua jam seterusnya, memang obvious yang aku punyai konflik personaliti. sisi gelap, terlalu kuat untuk lawan sisi baik aku.


aku suka dengar lagu yang boleh buat aku berfikir lebih daripada Mahatma Ghandi berfikir untuk merdeka kan India, aku suka untuk berfikir yang bukan-bukan. aku lebih cenderung ke arah itu. malahan terkadang bila benda senang, aku sulitkan. benda kecil, aku besarkan. sungguh melelahkan bagi kamu-kamu yang berada di sekeliling aku.


otak aku ligat fikir macam-macam, tapi bila terlalu ambil kisah dengan benda-benda yang kecil, lantas gambaran yang lebih besar terus luput dari kepala otak. macam, bila dilarang untuk makan makanan yang manis-manis, aku langgarkan sahaja peraturan itu : aku rasa sekarang adalah waktu yang afdal untuk aku makan apa saja yang aku suka. padahal gambaran yang jelas untuk aku yang suka makanan manis ini adalah ; terbaring di katil hospital kerana penyakit diebetes dan separuh kaki yang telah dipotong. gambaran besar itu kadang-kadang memang aku tak layankan. memang bodoh dan ignorant, tapi biasalah, manusia. alasan paling cliche yang kita-kita boleh berikan : biasalah, manusia..


kalau jadi manusia yang ignorant memang sentiasa tiada masalah. jadi marilah menjadi manusia jenis ignorant. sama resolusi dari tahun yang lepas-lepas. memang hidup ini tiada masalah.




indah kan ?

21 January 2010

14.

salam ke atas kamu. manusia-manusia sejagat dalam kehidupan aku, secara sedar mahupun tanpa sedar. aku masih di sini, bernafas dan masih sanggup berjalan. walaupun terkadang hati itu cukup ranap dan fizikalnya aku separuh lumpuh atas kesakitan itu, tidak mengapa. hari ini hari yang cukup tenang, dari sebarang amarah mahupun kebencian. jadi untuk itu, hari ini merupakan entri tanpa perasaan benci.


cukuplah. aku sudah menanggung lebih daripada apa yang aku mampu tanggung. dan sekarang aku mulai jalani hidup dengan sisa-sisa hati yang ranap dan rapuh itu. sikit, sikit, dan sekarang hati aku dah berjahit. berdegup tanpa ada sebarang nanah dan infeksi. lukanya masih ada, walaupun telah dijahit, namun tetap ada. aku mengharapkan kuasa Ilahi supaya menyembuhkannya dari merebak dan merosakkan hati aku.


hari ini sungguh tenang. sungguh, betul-betul tenang. itupun sekadar kerana sibuk menguruskan hal-hal duniawi dan buat seketika, aku matikan semua alat telekomunikasi aku. terasa lelah yang aku ada sejak dari dua minggu lepas (13 hari, sebenarnya) telah hilang sama sekali. lelah aku melayan perkara-perkara lagha dan lagipula, ia telah menghanyutkan aku jauh dari pedoman aku yang dulu.


janji untuk hilangkan bayang-bayang dalam lipatan sejarah nampaknya tak berhasil. semua kerana gara-gara emosi yang tak menentu. entah apehal. dunia ini memang betul-betul buat kepala aku gila. emosinya naik turun. semacam satu permainan, yang sudah tentu tidak semua berada di atas, adakalanya naik dan adakalanya, turun. sudah adat. sudah ketentuan kitaran hidup kita sebegitu. terima sajalah.





ya, apa pun yang terjadi, terima saja.

19 January 2010

13.

ini bukan semata-mata tentang aku. ini tentang kita-kita yang ingin berada di dalam keberadaan orang lain. bersandarkan pada harapan untuk menjadikan kita manusia yang hidup dengan gembira. kau buat aku, aku buat kau. masing-masing ada ego. lantak lah kau manusia yang tak pernah buat dosa ke apa, tapi selagi kau bergelar manusia, memang sudah tertakluk pada hukum alam yang semua benda ada cacat cela.


kurangkan panggilan yang manis-manis untuk aku. rimas dan lemas. sekali, dua kali, berkali-kali. bermanja pun ada hadnya, jangan main bantai saja. jangan lupa kiri kanan, ada banyak mata-mata asing yang tak pernah puas hati dengan termaktubnya janji di antara kita berdua.


jangan buat orang rasa sakit hati. jangan buat orang lain benci. jangan buat orang lain dengan segala macam perangai sekali pun, kerana tolong percaya karma. apa yang kau boleh buat dekat orang, orang lain pun boleh buat dekat kau.

16 January 2010

12.

dada aku sesak dengan nafas-nafas yang berbaur harapan. aku ingin hirup udara segar, bukan anganan kosong yang kau, kau, dan kau ciptakan. setiap kali aku bernafas, kau kau dan kau buat aku makin sakit dan ranap tanpa sedar.


kalau benar kau ingin mati dengan aku, lepaskan. kalau benar kau ingin hidup aku tenang, lepaskan. kalau kau ingin fantasi tentang aku, bunuhkan. kalau kau ingin sebut nama aku, lupakan. kita kena bekerjasama dalam hal ini. kau bunuh aku, aku bunuh kau. kita sama-sama berjuang untuk teruskan kehidupan kita.



kita sudah kronik. hati kecil aku seolah-olah telah mati. tiada perasaan sungguh. mungkin hampa dengan harapan yang terbentang depan mata, padahal harapan itu sememangnya tiada. mana mungkin hati kecil terpujuk dengan heroine dan kepulan asap padahal bukan itu yang hati kecil aku mahu.




aku sepatutnya sudah lepaskan semua ini pergi.

15 January 2010

11.

bayang-bayang memang hebat. mula ambil alih. tempat yang sepatutnya dia ambil alih dua tahun lepas, baru tadi dia lakukan. manusia jenis ignorant akan biar bayang-bayang itu drive keseorangan sambil pegang tangan dan biarkan fikiran menerobos segenap alam.



entah ada apa dalam kepala waktu itu. rasa semacam mimpi, tapi tak berapa mimpi. kadang-kadang timbul benci, kerana kadang-kadang dia terlalu baik, terlalu bertanggungjawap, terlalu berhati-hati bila mahu bercakap. salah. bukan benci, mungkin setelah setahun tak berjumpa aku dan bayang-bayang ada perasaan.. awkward.



dulu ada semacam impian, tunggu. aku dah pernah cakap tentang ini. dendam kesumat segala. bila fikir balik, aku tak patut bersama dengan bayang-bayang. utuhnya perasaan dendam kesumat tersebut memang tak lama, kerana mungkin, manusia jenis ignorant ini, telah mula menjadi manusia yang tidak ignorant kembali.



ya, kembali.. kembali menjadi manusia bila bertemu bayang-bayangnya semula.



kalau Tuhan kata jadi, jadilah.
manusia ignorant dan bayang-bayang, kalau ada, adalah.






simple kan ?

14 January 2010

10.

akan menjejakkan kaki bersama bayang-bayang sejak dari dua tahun lepas. nampaknya bayang-bayang tersebut dah berubah, agaknya.








dulu ada sejenis impian, yang makwe-makwe pasti suka. ala-ala balas dendam. tapi tak sampai hati lalu terjeratlah kau dengan dendam kau sendiri. dendam kesumat rindu sayang semua bercampur baur. lalu letih, lalu penat. kemudian langkah paling selamat, yang kononnya paling naive, adalah dengan cara tinggalkan semua benda ini dibelakang. dan berlari ke hadapan, tanpa paksaan, tanpa rayuan.
rela hati, tinggalkan semua ini.

09.

bila aku menulis tentang tujuh pecahan sisi. aku rasa ianya benar. walaupun masih hidup dalam bayang-bayang orang lain yang punyai makna sebenar dalam hidup, tapi aku masih bernafas dengan tenang dan selalu mengingatkan diri tentang keperluan aku dalam menjadi makhluk yang sedikit agresif, dan kebanyakkan masanya hipokrit.



some say it's talam dua muka, go to hell with it. aku tak ikut terma dan label yang disediakan semata-mata untuk berada dalam golongan yang selesa. ada kepala, pakai. ada hati, baling ke dinding yang paling konkrit kerana hati ni kadang-kadang hanya mahukan perkara yang bukan-bukan, dan kadang-kala perkara yang bukannya keperluan pun. nama pun hati, kalau ikut hati memang lah ikut emosi. ada kepala barulah ikut logik. agaknya lah.



aku masih takut-takut disini. aku menulis tanpa label. tiada pengikut, tiada yang boleh beri pandangan mereka, bukan kerana aku rasa aku terlampau bagus, tapi kadang-kadang dalam memberikan kebebasan kepada orang lain untuk berbicara, aku perlu merasakan kebebasan itu dulu.



konsep baru tahun ini, pentingkan diri sendiri dahulu. i have to be fucking self-fish. i have to be self-absorb. i have to. bila keadaan situasi dan hidup ini lebih mementingkan perasaan diri sendiri daripada perasaan kekeluargaan, aku percaya kita semua akan berjaya. berjaya in a way dan kemudian bila berdiri keseorangan di atas puncak di atas, melihat bawah kepada orang-orang yang kita telah tindas sepanjang masa, baru lah masa itu kita akan tergelak-gelak sampai tak cukup nafas kerana mengakui apa yang kita canangkan selama ini, bahawa kita harus menyemai sikap mementingkan diri sendiri.



dan kemudian, lahirkan golongan-golongan yang membantah. lahirlah golongan-golongan yang membenci. riot mula timbul. anarchy yang dicipta kita akan ditentang. golongan punk mengambil tempat dalam segala perkara. perasaan kedamaian mula hilang. dunia mana mungkin akan aman ? ini semua gara-gara kau. kalau kau tak terlalu mementingkan diri sendiri, sudah tentu si polan dan si polan boleh berjaya. kalau, kalau, kalau, dan selalunya golongan ini memandang dari tepi dan hanya beri pandangan bodoh mereka sepintas lalu.







mana mungkin mereka mengerti ?
sememangnya mereka enggan untuk mengerti.
sifat pentingkan diri sendiri memang akan tetap ada pada semua manusia,
dan kita kena terima sahaja.

13 January 2010

08.

perempuan sangat benci bila dipandang rendah lelaki. lelaki paling menyampah bila perempuan tendang ego lelaki depan kawan lelaki itu sendiri. masing-masing ada ego, masing-masing ada maruah ; kononnya. sekarang ni dah jadi macam satu pertandingan, kau paling ego, kau menang. kalau kau biarkan orang ambil kesempatan atas kebaikan kau, kau kalah.


kepala hotak letak dekat mana ? kepala lutut kau ?


2010 baru sahaja menginjak untuk ke berapa belas hari, hati-hati yang mengaku ada resolusi baru akhirnya mengalah, marilah jadi manusia yang sama sejak dari tahun lepas. yang ignorant, lebih sukakan ego daripada kedamaian sejagat, yang pentingkan maruah kau daripada maruah keluarga kau.


2010, tahun baru kononnya ; padahal sama. cuma tambah lebih perisa, sebab usia masing-masing dah menginjak sejajar dengan tahun baru. makin pedas, makin bertambah mengada-ngada.








dan sedikit sebanyak, belajar untuk hilang orang yang kita sayang, sebab diganti orang yang lambat-laun, kita akan sayang juga. entah apehal.


07.

Tujuh Pecahan Sial akhirnya menunjukkan diri.


engkau, engkau dan engkau. jari tengah tunjuk pada kau. tiga jari patah balik pada aku. aku senyum. bukan puas, sebab semuanya dah terjawab. manusia, adalah haiwan sosial. dipetik dari ZA. tiba-tiba masuk akal, sebab selama ini otak semacam menolak kata-kata tersebut, kini kata-kata tu dah tergiang-giang dalam kepala. aku angguk, senyum dan teruskan kehidupan.


kau nak teruskan kehidupan sebagai haiwan sosial itu, terpulang. jalan cerah, kau pilih. jalan cerah,aku ikut. ikut mana-mana definisi kau tentang kecerahan, sebab aku rasa,bila serigala tengok cahaya bulan pun dia rasa dah cukup cerah. paling cerah bila waktu kelam. waktu dia paling kuat menyalak. waktu dia, bukan waktu aku, yang rasanya masih manusia. aku rasa cahaya pagi paling kuat untuk buat aku bangkit dan bangun untuk teruskan kehidupan yang serba, sosial. dan tanpa sedar, kita semua adalah haiwan sosial.





kelakar kan ?

12 January 2010

06.

aku petik dari mana-mana.

aku rasa payah sekarang. menulis secara bebas pun susah. apatah lagi mahu meludah ke langit. manusia yang tidak faham, hanya mampu menjadi judgmental. kata, ludahan itu tidak bukan akan jatuh ke muka kau pula. dan bila saat itu tiba, padan muka ! ha ha.



kalaulah aku boleh gelak kan mereka kembali, betapa dangkal nya mereka. hidup dalam dunia yang mereka ciptakan. ludah itu bagaikan satu peringatan pada mereka-mereka yang faham. perbuatan masa lampau pasti akan ada kesannya. consequences. aku tak bercakap dengan perbuatan fizikal ludahan ke langit, metaforanya, apa yang kau buat pada masa lampau lambat laun akan terkena pada kau juga. dan bila saat itu tiba,bila perbuatan kau kena tepat pada batang hidung kau, padan muka ! ha ha.




adil kan ?

05.

maghrib menginjak waktunya. kisah silam ditelan satu-persatu. talian komunikasi diputuskan. semata-mata untuk lari. dari semua benda yang boleh mengingatkan pada waktu dulu. hati dah tak berapa nak ranap, sebab eventually when things fall apart, kita sudah biasa dengan keadaan itu.


keadaan yang tak berapa menentu, hidup yang kejap di atas, kejap di bawah. kerja Tuhan. kita biarkan semua benda berlalu dengan sendiri. nanti-nanti boleh sedih, nanti-nanti boleh rasa pedih. sekarang kena tahan, kena kuat.


ya. kena kuat. pokok pangkal kita kena kuat. seorang lelaki tak patut hancur disebabkan wanita. dan wanita tak patut hancur disebabkan lelaki. masing-masing kena kuat. buat apa yang patut. ya, buat apa saja yang patut.

11 January 2010

04.

di celah-celah keramaian, di tengah-tengah kesibukan, aku ambil seminit dua untuk diam dan fikir tentang segala benda.

ambil masa. untuk diri aku sendiri. serabut. sedikit meditasi akan mendamaikan alam jagat hidup aku.







hibernasi. ya, aku mahu kamu. bai.

03.

kitaran kehidupan sebenarnya, telah bermula. tiba tahun baru, kita disogokkan dengan kata-kata peransang, tahun ini moga lebih baik daripada tahun sebelumnya, moga tahun ini bawa seribu cahaya bagi kita-kita yang mengharapkannya, dan macam-macam lagi.








oh kamon, metafora nya berbeza,

tapi masih mengenai perkara yang sama.

02.

when everything falls apart, and suddenly there are thousands of tears can't wait to fall down. i'm hanging on here. torn apart. it's not i'm not used to it. i can't take this. this is freaking absurd.

rip me off please. let it go and fall. there are no reasons, at all. its just...happen.








and this is, ennui.


01.

entri pertama. kembali ke kotak permulaan. perasaan takut tu dah dibuang jauh-jauh. sebab ini adalah identiti yang tiada orang kesah kan. tiada orang ambil peduli. memang tepat dengan motif kelahiran blog ini. tiada sebarang kata-kata specifik untuk dia, dia dan dia. semuanya samar-samar. dan kalau boleh hanya aku yang faham dengan segala benda yang aku kata.


dan ya, ini adalah entri pertama. kembali kepada kotak permulaan. tunggu, untuk tiba ke pengakhiran. moga tiada yang terbunuh dalam peperangan jiwa. setakat hati ranap sebarang dua memang dah diduga, cuma, tiada yang mati terbunuh hendaknya.





amin.