21 January 2010

14.

salam ke atas kamu. manusia-manusia sejagat dalam kehidupan aku, secara sedar mahupun tanpa sedar. aku masih di sini, bernafas dan masih sanggup berjalan. walaupun terkadang hati itu cukup ranap dan fizikalnya aku separuh lumpuh atas kesakitan itu, tidak mengapa. hari ini hari yang cukup tenang, dari sebarang amarah mahupun kebencian. jadi untuk itu, hari ini merupakan entri tanpa perasaan benci.


cukuplah. aku sudah menanggung lebih daripada apa yang aku mampu tanggung. dan sekarang aku mulai jalani hidup dengan sisa-sisa hati yang ranap dan rapuh itu. sikit, sikit, dan sekarang hati aku dah berjahit. berdegup tanpa ada sebarang nanah dan infeksi. lukanya masih ada, walaupun telah dijahit, namun tetap ada. aku mengharapkan kuasa Ilahi supaya menyembuhkannya dari merebak dan merosakkan hati aku.


hari ini sungguh tenang. sungguh, betul-betul tenang. itupun sekadar kerana sibuk menguruskan hal-hal duniawi dan buat seketika, aku matikan semua alat telekomunikasi aku. terasa lelah yang aku ada sejak dari dua minggu lepas (13 hari, sebenarnya) telah hilang sama sekali. lelah aku melayan perkara-perkara lagha dan lagipula, ia telah menghanyutkan aku jauh dari pedoman aku yang dulu.


janji untuk hilangkan bayang-bayang dalam lipatan sejarah nampaknya tak berhasil. semua kerana gara-gara emosi yang tak menentu. entah apehal. dunia ini memang betul-betul buat kepala aku gila. emosinya naik turun. semacam satu permainan, yang sudah tentu tidak semua berada di atas, adakalanya naik dan adakalanya, turun. sudah adat. sudah ketentuan kitaran hidup kita sebegitu. terima sajalah.





ya, apa pun yang terjadi, terima saja.

No comments: