23 June 2010

19.

aku betul betul tak boleh menulis sekarang. betul betul kosong.

aku rasa aku dalam depression baru aku boleh menulis. rasanya dengan menulis boleh jadi penawar racun yang aku rasa. pedih hati, ranap jiwa, semua boleh di tulis. boleh di rangka, boleh di edit, boleh buat macam-macam yang kita suka. padahal realitinya bukan begitu. tak semudah yang disangka. hati bukannya plastik, bukannya besi, apatah lagi kaca. tak boleh nak terima semua benda. hati sebenarnya sangat rapuh, fragile macam kaca. tapi kadang-kadang bila dah boleh terima kenyataan dah hakikat sebenar, hati juga boleh jadi kuat, gagah macam besi. macam tembaga.


nampaknya, manusia jenis ignorant tak akan kembali dengan bayang-bayang. bayang-bayang jahat. otak tak pernah betul. lagipun, bayang-bayang dah jumpa kekasih hati baru. lawa, macam awek jepun. mata bulat. macam katun. memang idaman lelaki. mungkin dah jodoh, terima saja.


manusia jenis ignorant dulu memang agak menyedihkan. bukan, dia masih lagi menyedihkan, tapi manusia jenis ignorant rasanya sudah separuh jalan untuk buka buku baru. bab baru. pengalaman baru. tinggalkan tanah jajahan dan pergi merantau ke negeri orang. tak perlu hadap mereka-mereka yang sering tinggalkan luka, tapi tak pernah kesah sebenarnya. mungkin pengalaman di negeri orang akan buat manusia ignorant ini berasa aman. damai. tenang.


aku pergi dulu. betul-betul pergi dulu. tunggu hati berkocak baru aku luahkan disini. macam perempuan. geli. tapi biarlah. janji hidup tenang. dan tak kacau orang. itu yang penting sebenarnya.


27 January 2010

18.

hentikan raungan dan jeritan kau yang melodrama. sungguh, tiada siapa yang mahu ambil perhatian. tiada siapa yang mahu beri kau secebis penghargaan. tiada, sungguh. tiada.









kau percaya pada harapan orang lain dan bukan pada harapan diri sendiri. kau sangat melelahkan. jadi kita berhenti di sini. berhenti.

26 January 2010

17.


pejam mata. tarik nafas. hembuskan satu keluhan. yang tidak ada siapa yang mampu paham. kecuali mereka-mereka yang berada di sisi pada fasa yang paling penting dalam hidup. satu fasa metamorphosis yang merubah seluruh keadaan. dan yang mungkin masih sama adalah, cara kita melayan segala karenah yang datang menjenguk kitaran hidup kita.


hairan ya, kenapa aku masih belum mampu tinggalkan semua ini di belakang. aku sepatutnya dah mampu, kerana, aku masih bertahan dari dulu. tak terkalahkan dengan bebanan emosi. walaupun pedih, sakit dan ranap hampir seluruh jiwa aku, aku masih bertahan.






dan ya, aku akan cuba bertahan, selagi yang aku mampu.

25 January 2010

16.

setelah berhempas pulas menjayakan sesuatu yang tak terjangkakan, akhirnya semua ni dah berakhir. tak tahu lah pulak berakhir dengan jayanya atau tidak, sebab perjalanan kita semua masih panjang dan masih tak dapat nak dijangka.


sekarang aku dah mampu tarik nafas lega, kerana semua benda, walaupun tak mengikut kehendak hati seratus peratus, namun masih mengikut susunan akal fikiran aku. yep. bukan mudah nak buat semua dalam satu-satu masa. tapi agaknya hati aku dah tak berapa nak rapuh sangat. lebih kuat, agaknya. kalis sakit hati. kalau sakit, biarkan. kalau sakit, ubatkan. jangan balas, jangan buat yang lebih teruk, sebab yang sakit nanti, kita semula. jadi anggaplah ini semua permainan. dan aku, pilih jalan selamat. dan tak menyusahkan semua pihak.







senang kan ?
untuk pertama kali, aku senyum di laman aku sendiri.
*senyum*

22 January 2010

15.


sudah terlalu lama. betul-betul lama. dari tenang terus menjadi-jadi gila. bukan gila sangat pun, setakat emosi tidak stabil, sudah lumrah bila dikaitkan dengan aku. emosi memang tak stabil. langsung. sekadar suka untuk dua saat dan bertukar menjadi pemarah dan pendengus untuk satu atau dua jam seterusnya, memang obvious yang aku punyai konflik personaliti. sisi gelap, terlalu kuat untuk lawan sisi baik aku.


aku suka dengar lagu yang boleh buat aku berfikir lebih daripada Mahatma Ghandi berfikir untuk merdeka kan India, aku suka untuk berfikir yang bukan-bukan. aku lebih cenderung ke arah itu. malahan terkadang bila benda senang, aku sulitkan. benda kecil, aku besarkan. sungguh melelahkan bagi kamu-kamu yang berada di sekeliling aku.


otak aku ligat fikir macam-macam, tapi bila terlalu ambil kisah dengan benda-benda yang kecil, lantas gambaran yang lebih besar terus luput dari kepala otak. macam, bila dilarang untuk makan makanan yang manis-manis, aku langgarkan sahaja peraturan itu : aku rasa sekarang adalah waktu yang afdal untuk aku makan apa saja yang aku suka. padahal gambaran yang jelas untuk aku yang suka makanan manis ini adalah ; terbaring di katil hospital kerana penyakit diebetes dan separuh kaki yang telah dipotong. gambaran besar itu kadang-kadang memang aku tak layankan. memang bodoh dan ignorant, tapi biasalah, manusia. alasan paling cliche yang kita-kita boleh berikan : biasalah, manusia..


kalau jadi manusia yang ignorant memang sentiasa tiada masalah. jadi marilah menjadi manusia jenis ignorant. sama resolusi dari tahun yang lepas-lepas. memang hidup ini tiada masalah.




indah kan ?

21 January 2010

14.

salam ke atas kamu. manusia-manusia sejagat dalam kehidupan aku, secara sedar mahupun tanpa sedar. aku masih di sini, bernafas dan masih sanggup berjalan. walaupun terkadang hati itu cukup ranap dan fizikalnya aku separuh lumpuh atas kesakitan itu, tidak mengapa. hari ini hari yang cukup tenang, dari sebarang amarah mahupun kebencian. jadi untuk itu, hari ini merupakan entri tanpa perasaan benci.


cukuplah. aku sudah menanggung lebih daripada apa yang aku mampu tanggung. dan sekarang aku mulai jalani hidup dengan sisa-sisa hati yang ranap dan rapuh itu. sikit, sikit, dan sekarang hati aku dah berjahit. berdegup tanpa ada sebarang nanah dan infeksi. lukanya masih ada, walaupun telah dijahit, namun tetap ada. aku mengharapkan kuasa Ilahi supaya menyembuhkannya dari merebak dan merosakkan hati aku.


hari ini sungguh tenang. sungguh, betul-betul tenang. itupun sekadar kerana sibuk menguruskan hal-hal duniawi dan buat seketika, aku matikan semua alat telekomunikasi aku. terasa lelah yang aku ada sejak dari dua minggu lepas (13 hari, sebenarnya) telah hilang sama sekali. lelah aku melayan perkara-perkara lagha dan lagipula, ia telah menghanyutkan aku jauh dari pedoman aku yang dulu.


janji untuk hilangkan bayang-bayang dalam lipatan sejarah nampaknya tak berhasil. semua kerana gara-gara emosi yang tak menentu. entah apehal. dunia ini memang betul-betul buat kepala aku gila. emosinya naik turun. semacam satu permainan, yang sudah tentu tidak semua berada di atas, adakalanya naik dan adakalanya, turun. sudah adat. sudah ketentuan kitaran hidup kita sebegitu. terima sajalah.





ya, apa pun yang terjadi, terima saja.

19 January 2010

13.

ini bukan semata-mata tentang aku. ini tentang kita-kita yang ingin berada di dalam keberadaan orang lain. bersandarkan pada harapan untuk menjadikan kita manusia yang hidup dengan gembira. kau buat aku, aku buat kau. masing-masing ada ego. lantak lah kau manusia yang tak pernah buat dosa ke apa, tapi selagi kau bergelar manusia, memang sudah tertakluk pada hukum alam yang semua benda ada cacat cela.


kurangkan panggilan yang manis-manis untuk aku. rimas dan lemas. sekali, dua kali, berkali-kali. bermanja pun ada hadnya, jangan main bantai saja. jangan lupa kiri kanan, ada banyak mata-mata asing yang tak pernah puas hati dengan termaktubnya janji di antara kita berdua.


jangan buat orang rasa sakit hati. jangan buat orang lain benci. jangan buat orang lain dengan segala macam perangai sekali pun, kerana tolong percaya karma. apa yang kau boleh buat dekat orang, orang lain pun boleh buat dekat kau.